Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Finland apabila mengatasi gandingan Indonesia, Fabriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, di Vantaa sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kedua, gandingan negara itu jelas berada di tahap tersendiri, di mana mereka tidak pernah berada di belakang sebaik meraih mata pertama untuk mudah memenangi set pembukaan 21-15.
Tidak banyak dapat dilakukan lawan dalam set kedua, untuk Pearly dan Thinaah meneruskan aksi dominan bagi menamatkan permainan dengan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 38 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Perancis, Margot Lambert-Camille Pognante, dan gandingan pilihan kelapan dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Cuba Raket Ini

Racket Power
Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.
Cuba Raket Ini