Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Terbuka Arctic di Finland selepas menewaskan Kirsten De Wit-Mariia Stoliarenko di Energia Areena, malam tadi.

Mereka tidak berdepan masalah dan hanya memerlukan 24 minit untuk menang dalam aksi straight set 21-10,21-11 dalam pusingan 16 terbaik itu.




Dalam pada itu, wakil beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima nasib sebaliknya selepas tewas kepada wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, 13-21,8-21.

Tempoh 31 minit diperlukan beregu di kedudukan ke-18 dunia itu untuk menewaskan wakil negara untuk mara ke pusingan seterusnya.




Untuk rekod, ini merupakan kejohanan pertama mereka selepas Soh Wooi Yik mengalami kecederaan retak tulang jari kakinya sebelum ini.

Enam wakil negara bakal meneruskan cabaran hari ini dalam misi untuk melangkah kep pusingan separuh akhir.