Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, terkandas dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Finland BWF apabila tewas kepada pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin, di Vantaa sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, pasangan negara itu mendahului pada awal saingan di kedudukan 6-2 tetapi pertengahan set pertama itu kemudian berlangsung sengit dan selepas kedudukan terikat 11-11, Soon Huat dan Shevon tidak pernah dapat memintas lawan berkenaan sebelum tewas 14-21.

Seakan-akan kehilangan momentum, Soon Huat dan Shevon tidak pernah dapat mendahului sepanjang set kedua sehingga pada satu ketika ketinggalan 3-11 sebelum akur melepaskan tiket ke final dengan kekalahan 8-21.