Terbuka Finland: Cabaran Lee Zii Jia berakhir, Pearly Tan-M. Thinaah mara
Oktober 11, 2024 07:47 MYT
Impian pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Artik Super 500 tidak kesampaian apabila tewas kepada bintang Jepun, Koki Watanabe, awal pagi tadi.
Perlawanan suku akhir yang berlangsung di Energia Areena, Vantaa Vantaa, Finland, Zii Jia pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, tewas kepada Watanabe dalam aksi penentuan 66 minit.
Watanabe yang diinspirasikan kemenangan pusingan pertama Terbuka China, bulan lalu 21-15, 21-2, kali ini gah di depan apabila memenangi set pertama 21-15.
RESULTS: #ArcticOpen2024 QF#JPN?? Koki Watanabe def. #MAS?? Lee Zii Jia 3️⃣ 21-15 13-21 21-12 ⏱️ 1h 6m#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/NzxWuk3pue
— BAM (@BA_Malaysia) October 11, 2024
Set kedua, Zii Jia yang menghuni ranking nombor empat dunia kembali menyamai kedudukan apabila menjinakkan pemain nombor 14 dunia berkenaan, 21-13.
Bagaimanapun set ketiga, Watanabe dan Zii Jia memacu segala kudrat bertukar mata yang akhirnya dimenangi pemain Negara Matahari Terbit berkenaan, 12-21.
Sementara itu, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara separuh akhir selepas menundukkan wakil Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun straight set 21-8,21-18 dalam masa 32 minit.
RESULTS: #ArcticOpen024 QF#MAS?? Pearly Tan-M Thinaah 3️⃣ def. #TPE Chang Ching Hui-Yang Ching Tun 6️⃣ 21-8 21-18 ⏱️ 32m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/C9KuWBshc3
— BAM (@BA_Malaysia) October 11, 2024