Skip to main content

Badminton

Terbuka Finland BWF: Ng Tze Yong-Lee Zii Jia tentukan gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia-ng-tze-yong.jpg
Dua pemain perseorangan Malaysia, Ng Tze Yong-Lee Zii Jia, bakal membuat perhitungan final Terbuka Finland BWF selepas menundukkan lawan masing-masing, sebentar tadi. 

Zii Jia mengetepikan seterunya dari Eropah, Anders Antonsen, di Arena Vantaa Energiatanpa perlu menghabiskan permainan selepas lawannya itu menarik diri.

Terdahulu, Zii Jia mengesahkan set pertama menjadi miliknya 21-17 dan ketika mendahulu 13-8 dalam set kedua, pilihan ketiga kjeohanan itu terpaksa menyerah awal akibat kecederaan. 




Tze Yong lebih awal mengesahkan kemaraannya dengan menjinakkan pilihan ketujuh, Kanta Tsuneyama, dengan kemenangan straigt set 21-12, 21-16.

Kematangan permainannya dalam super 500 itu akan diuji Zii Jiaa esok selepas hasil pertemuan pertama menyebelahi perseorangan profesional tersebut menerusi Terbuka Australia, Ogos lalu. 

 

Advertisement

Must Watch Video