Pertembungan dua wakil negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Finland BWF menyaksikan Lee Zii Jia menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong, untuk bergelar juara, sebentar tadi.
Dan lebih manis, Zii Jia menewaskan Tze Yong dengan keputusan straight set.
Pertemuan perang saudara di pentas jelajah dunia ini merupakan yang kedua di antara mereka tetapi yang pertama dalam final selepas pertemuan suku akhir Terbuka Australia, Ogos lalu, yang menyaksikan pertembungan tiga set berkesudahan memihak Zii Jia.
Kedua-duanya memiliki motivasi berbeza di Vantaa dengan pemain profesional itu berhajat menamatkan kemarau kejuaraan sejak menawan Terbuka Thailand, Mei lalu.
Kedua-dua pemain mempamerkan aksi agresif dengan saling berbalas rejaman.
Tetapi Zii Jia lebih bijak memanfaatkan kelebihan untuk memenangi set pertama dengan mengesahkan mata akhir berbekalkan kelebihan enam mata sebelum menang 21-14.
Dominasi Zii Jia berterusan malah satu ketika mendahului saingan 8-1 dalam set seterusnya.
Begitupun, Tze Yong belum mahu mengibarkan bendera putih tetapi di penghujungnya, Zii Jia tetap mengekalkan status sebagai perseorangan lelaki nombor negara bukan sahaja atas dasar ranking dunia, malah rekod pertemuan mereka apabila memuktamadkan kemenangan set kedua 21-15.