Skip to main content

Badminton

Terbuka Finland: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Pasangan beregu lelaki terkemuka England, Ben Lane-Sean Vendy, menggagalkan usaha Malaysia untuk meraih kemenangan berganda bersejarah pada kejuaraan badminton Terbuka Artik dengan menewaskan pilihan utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan akhir sebentar tadi.

Gandingan England itu yang menghuni ranking ke-15 dunia, memenangi perlawanan sengit itu 21-18, 25-27, 21-17 dalam masa 75 minit.

Aaron-Wooi Yik sekali gus gagal mencipta rekod badminton untuk Malaysia dengan memiliki dua pemenang di Terbuka Arctic buat kali pertama selepas Pearly Tan-M Thinaah merangkul mahkota beregu wanita lebih awal.

Di sebalik kekalahan kalah, pasangan negara memenangi ASD18,050 (RM76,225) sebagai naib juara.
Badminton

Raket Power

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video