Skip to main content

Badminton

Terbuka Finland: Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Haikal garang ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

woi.jpg
Dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri, meneruskan momentum terbaik mereka selepas mara ke pusingan suku Kejohanan Badminton Terbuka Finland 2025 malam tadi,

Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan pertama kejohanan terlebih dahulu mengesahkan tempat mereka selepas menewaskan rakan senegara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, dalam pertemuan selama 53 minit di Vantaa itu.

Meskipun menerima saingan sengit apabila tewas 15-21 terlebih dahulu, beregu di ranking kedua dunia itu bangkit dalam aksi rubber set itu dengan kemenangan 21-14,21-14.


 


Dalam pada itu, tempoh yang sama juga diperlukan Hon Jia-Haikal untuk menewaskan wakil Perancis, Leo Rossi-Eloi Adam, untuk mara ke suku akhir dengan kemenangan 12-21 21-10 21-16.
Badminton

Racket Power

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video