Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Siaran Langsung & Live Streaming Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Man Wei Chong-Kai Wun Tee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-wooi-yik-vs-man-wei-chong-kai-wun-tee.jpg
Dua pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee akan bertemu sesama sendiri dalam pusingan 16 Terbuka Denmark 2024 hari ini.

Aaron-Wooi Yik yang tampil selaku pilihan ke-4 kejohanan kali ini tidak mempunyai masalah mengetepikan cabaran beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dalam straight set 28-26, 21-11.

Manakala bagi Man-Tee, mereka berjaya menundukkan pasangan dari England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen juga dengan keputusan straight set 21-11, 21-10.

Rekod pertemuan kedua-dua pasangan ini menyaksikan keputusan seimbang apabila masing-masing memenangi 1 daripada 2 pertemuan sebelum ini dengan aksi terakhir Terbuka Artik 2023 berpihak kepada pasangan Man-Tee dengan 21-11, 21-18.
 

Terbuka Denmark: Siaran Langsung & Live Streaming Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Man Wei Chong-Kai Wun Tee

Tarikh: Khamis, 18 Oktober 2024
Masa: Anggaran jam 1 pagi
Saluran: Astro Badminton 2 CH816, Youtube BWF, Astro GO & sooka
Venue: Jyske Bank Arena - Court 2

Advertisement

Must Watch Video