Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Lee Zii Jia naib juara selepas tewas kepada Shi Yu Qi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia-badminton-malaysia.jpg
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas tewas kepada jaguh China, Shi Yu Qi dalam aksi final di Jyske Bank Arena sebentar tadi.

Pemain nombor tiga dunia itu memulakan set pertama dengan baik untuk mendahului 9-4 tetapi mula melakukan bebrapa kesilapan untuk membenarkan lawan mengejar mata sebelum tewas 18-21.

Zii Jia kemudian memperkemaskan aksi untuk mudah memungut lima mata pertama dalam set kedua dan tidak pernah ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 21-16.

Bagaimanapun, segala-galanya mula kelihatan tidak menjadi buat Zii Jia dalam set penentuan, di mana deretan kesilapan yang dilakukannya membolehkan Yu Qi memperoleh kelebihan 10 mata di kedudukan 14-4.

Biarpun cuba memperbaiki permainannya, Zii Jia terpaksa akur menamatkan pertarungan selama 1 jam 4 minit itu dengan kekalahan 12-21 dalam set terakhir.
 

Advertisement

Must Watch Video