Terbuka Denmark: Langkah Aaron Chia-Wooi Yik terhenti di suku akhir
Saufi Tahir
Oktober 18, 2024 22:50 MYT
Oktober 18, 2024 22:50 MYT
Langkah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terhenti selepas tewas kepada wakil dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, dalam aksi straight set 20-22, 15-21, saingan suku akhir Terbuka Denmark di Odense, sebentar tadi.
Walaupun ketinggalan dengan jurang lima mata untuk kedudukan 5-10 dalam set pertama, namun beregu negara berjaya mengikat kembali hingga kedudukan terikat 12-12.
Begitupun, momentum itu tidak berjaya diteruskan apabila tewas 20-22 kepada pemain di kedudukan ke-21 dunia itu.
RESULTS: #DenmarkOpen2024 QF#CHN?? Chen Bo Yang-Liu Yi def. #MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik 4️⃣ 22-20 21-15 ⏱️41 m#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/WXEr8KvjfN
— BAM (@BA_Malaysia) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Set kedua pula menyaksikan beberapa kesilapan mudah dan 'unforced error' yang dilakukan Aaron Chia-Wooi Yik memberikan kelebihan buat pemain dari China itu mengambil kesempatan bagi mengutip mata demi mata sekali gus manamatkan cabaran wakil negara di saingan Terbuka Denmark untuk tewas 15-21 dalam tempoh 42 minit secara keseluruhan perlawanan.
Seorang lagi wakil negara yang merupakan pilihan kelima kejohanan, Pearly Tan-M. Thinaah, akan turun sebentar lagi berdepan lawan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.