Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Juara dunia kandas dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Gandingan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila tewas kepada beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Jyske Bank Arena sebentar tadi.

Pertemuan terakhir kedua-dua gandingan berkenaan menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menang secara set langsung, 21-15, 21-14 dalam final Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris pada Ogos lalu

Bagaimanapun, wakil negara itu berdepan kesukaran sejak dari awal permainan dan kehilangan rentak di pertengahan aksi sebelum tewas 17-21 dalam set pertama.

Tang Jie dan Ee Wei kemudian menguasai penuh permainan dalam set kedua, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak dari awal untuk ke set penentuan dengan kemenangan 21-18.

Akan tetapi, lawan pilihan utama berkenaan jelas lebuh ampuh mengesahkan laluan ke final dengan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan lima minit.

 

Advertisement

Must Watch Video