Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir

Najmi Iman
Oktober 18, 2024 07:58 MYT
Selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan suku akhir, giliran beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, selaku harapan tunggal negara juga tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, awal pagi tadi.
Pilihan keempat kejohanan, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, menggagalkan hasrat wakil negara tersebut dalam pertembungan straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 57 minit dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense.

RESULTS: #DenmarkOpen2024 QF#JPN?? Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 4️⃣ def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah 5️⃣ 23-21 21-19 ⏱️ 57 m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/aa30p3KATV

— BAM (@BA_Malaysia) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun mengekori rapat kedudukan mata serta hampir melakukan kebangkitan di set kedua, semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Pertemuan kelima itu menyaksikan pihak lawan berjaya meraih kemenangan sulung mereka keatas Pearly-Thinaah selepas empat kekalahan dalam kejohanan sebelum ini.
#badminton #Terbuka Denmark #Pearly Tan-M. Thinaah
;