BADMINTON
Terbuka Denmark BWF: Lee Zii Jia bergelar naib juara
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Denmark BWF apabila tewas kepada wakil China, Weng Hong Yang, dalam aksi final di Odense malam tadi.
Seminggu selepas bergelar juara Terbuka Finland, Zii Jia mara ke final buat kali kedua berturut dalam misi meraih gelaran berganda.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila dia tewas secara set langsung 12-21, 6-21 selepas bertarung selama 33 minit.
Iklan
Sebagai rekod, Zii Jia kini menduduki tangga ke-11 ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) manakala Hong Yang pula berada di kedudukan ke-22.
Must-Watch Video