Terbuka Denmark BWF: Kecergasan gugat temu janji Viktor Axelsen-Lee Zii Jia

Shaiful Shamsudin
Oktober 19, 2023 12:34 MYT
Perhitungan di antara Viktor Axelsen dan Lee Zii Jia dalam pusingan kedua Terbuka Denmark BWF hari itu mungkin tidak menjadi kenyataan selepas pemain Denmark itu menyatakan keraguan untuk turun ke gelanggang.
“Pada ketika ini, saya tidak fikir ada peluang besar perlawanan ini dapat dilangsungkan. Kaki kiri sata terasa amat sakit, jadi sesuatu yang luar biasa perlu berlaku untuk saya bersedia untuk esok,” kata Axelsen selepas kemenangan pusingan pertamanya awal pagi tadi.
Pilihan utama itu hanya memerlukan 39 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Magnus Johannesen, 21-7, 21-9, tetapi kemenangan di Jyske Bank Arena tersebut terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Kali terakhir pemain nombor satu dunia itu berdepan Zii Jia ialah dalam suku akhir Piala Sudirman, Mei lalu yang berakhir dengan hambar apabila dia terpaksa menarik diri akibat kecederaam hamstring.

Who's up for an Axelsen vs Zii Jia showdown? ? Stream #DenmarkOpen2023 LIVE here: https://t.co/SqbgcKkL2k pic.twitter.com/gZZW0oen7I

— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) October 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zii Jia, yang menyertai acara Super 750 itu dengan penuh semangat -- sejak merangkul gelaran perseorangan lelaki Terbuka Finland hujung minggu lalu -- biarpun terpaksa bangkit untuk menewaskan Julian Carraggi 19-21, 21-15, 21-10.
Kemenangan lain menyaksikan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menewaskan lawan mereka 21-15, 23-21.
Mereka seterusnya akan berentap dengan pemain Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerratanachai, yang mereka menyingkirkan mereka minggu lalu.
Sementara itu, Goh Jin Wei tersingkir selepas tewas berturut-turut kepada He Bing Jao dalam perseorangan wanita, manakala beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, ditewaskan oleh seteru mereka dari China.
#badminton #Lee Zii Jia #Viktor Axelsen #Terbuka Denmark BWF
;