Langkah juara Terbuka Finland, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terhenti apabila dikalahkan oleh gandingan ranking ke-202 dunia, Kittinupong Kedren-Dechapool Puavaranukroh.

Momentum kemenangan mereka -- yang menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China -- dipatahkan oleh gandingan dari Thailand yang menyaksikan beregu profesional itu ditundukkan 13-21, 13-21 di peringkat ke-32 Terbuka Denmark di Arena Jyske Bank, Odense, sebentar tadi, dalam tempoh 32 minit sahaja.



Ini bermakna, pihak lawan dari Thailand itu mendapatkan kemenangan sulung dalam pertembungan pertama mereka.

Sementara itu, gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, mudah lolos ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil England, Ethan Van Leeuwen-Chloe Birch, dengan keputusan straight set 21-7, 21-14.