Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Azriyn-Wee Kiong singkir pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ayub.jpg
Beregu lelaki profesional negara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, mencipta kejutan di Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 apabila menewaskan pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sebentar tadi.

Wakil negara itu melakar kemenangan 21-19,21-14 dalam kejohanan berstatus Super 750 itu untuk menempah slot ke pusingan suku akhir esok.

Mereka memberikan saingan sengit dalam set pertama sebelum mengakhiri dengan kemenangan 21-19 di Jyske Arena selepas pasukan lawan kerap melakukan kesilapan mudah.

Wakil negara yang turun selaku beregu di ranking ke-23 dunia itu meninggalkan lawan dengan jurang jauh 19-13, malah rentak itu diteruskan dengan kemenangan 21-14 dalam tempoh 36 minit.

 

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, turut tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara, dengan kemenangan dalam aksi rubber set 21-13,21-18, dan mara ke suku akhir.
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video