Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang

Ammar Hakim
Oktober 18, 2024 16:34 MYT
Viktor Axelsen terpaksa menunggu satu tahun lagi untuk menjuarai gelaran di laman sendiri buat kali kedua selepas menarik diri ekoran berdepan masalah kesihatan dalam aksi pusingan 16 di Terbuka Denmark 2024.
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama. Wakil Denmark itu ketinggalan dan cuba untuk meneruskan permainan sebelum memberikan isyarat ketika 11-7 kepada pengadil bahawa dia tidak lagi dapat meneruskan permainan.

Viktor Axelsen retires against Alex Lanier. Get well soon, Viktor! Follow live action: https://t.co/TjoFnU5nd9@HSBC_Sport #BWFWorldTour #DenmarkOpen2024 pic.twitter.com/H3jDNpxjYO

— BWF (@bwfmedia) October 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lanier yang berusia 19 tahun kecewa Axelsen tidak dapat meneruskan permainan.
“Saya turut bersedih dengan keadaan Axelsen. Saya melihat mukanya agak pucat. Saya mahu bermain badminton dengan sebaik mungkin berdepannya supaya dapat meningaktkan lagi kualiti permainan saya. Saya bersedia untuk bertarung. Penonton yang hadir juga mengharapkan perkara yang sama tetapi ini bukanlah cara saya mahu menang ke atas Axelsen,” kata pemain kelahiran Perancis itu.
“Dia memberitahu kepada saya dia tidak sihat selepas tamat perlawanan. Saya akan memberikan pesanan mesej kepadanya kerana saya mahu mengetahui perkembangannya."

Hi everyone. Thanks for all your messages and concerns! After my 1st round match on Tuesday, I had a really rough night feeling sick and uncomfortable. I tried my best to recover and get myself in a state to play yesterday, however, once I started playing and my heart rate…

— Viktor Axelsen (@ViktorAxelsen) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Viktor Axelsen #Terbuka Denmark
;