BADMINTON
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik tamat penantian bergelar juara Jelajah Dunia BWF
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menamatkan penantian untuk bergelar juara kejohanan dalam Siri Jelajah Dunia Persekutuan Baminton Dunia (BWF) apabila mengunggul saingan Terbuka Denmark BWF di Odense malam tadi.
Aaron dan Wooi Yik, yang bergelar juara dunia tahun lalu, tidak pernah memenangi sebarang gelaran dalam jelajah itu sejak digandingan tetapi kali ini, penantian itu akhirnya ditamatkan dengan menewaskan beregu pilihan keenam dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, secara set langsung.
Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik mendominasi penuh set pertama, di mana selepas kedudukan terikat 3-3, mereka tidak pernah dapat dipintas sebelum mencatatkan kemenangan mudah 21-13.
Aksi dalam set kedua juga menunjukkan jalan cerita sama menuju ke penghujung saingan untuk gandingan negara itu mencatatkan kemenangan 21-17 dan hanya memerlukan 33 minit untuk bergelar juara.