Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, mengakui sukar untuk menjelmakan aksi terbaik ketika dibayangi pencabar dari Indonesia, Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, dalam pusingan pertama yang berakhir dengan straight set-- hanya dalam tempoh 33 minit, malam tadi.
"Saya tidak tahu.
"Kami mahu berikan yang terbaik tapi hari ini kami tidak bermain dengan baik," kata Wooi Yik kepada media Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Gandingannya, Aaron Chia, turut akur dengan prestasi terumbang ambing mereka di Odense itu setelah muncul sebagai finalis Terbuka Finland.
Jsuteru, dia mahu mengambil kesempatan atas penyingkiran awal ini untuk persiapan menghadapi Terbuka Perancis, minggu depan.
"Kami melakukan banyak kesilapan dan corak permainan kami tidak menjadi," katanya.
Dalam masa sama, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, turut mengalami nasib sama apabila disingkirkan pencabar di ranking ke-10 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-15, 21-19.
Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, meskipun cuba memberikan saingan namun belum cukup untuk mengatasi pemain China, Li Shi Feng.
Keputusan lain:
Beregu campuran
Wong Tien Ci–Lim Chiew Sin kk Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 7-21, 14-17
Beregu wanita
Go Pei Kee-Teoh Mei Xing kk Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 5-21, 16-21

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang