Terbuka China: Sze Fei-Nur Izzudin mara ke separuh akhir, singkir cabaran Man-Tee

Saufi Tahir
September 20, 2024 12:30 MYT
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tewas kepada wakil senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, dalam aksi suku akhir Terbuka China 2024 di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Pilihan ketujuh kejohanan itu menerima tentangan sengit daripada Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi set pertama. Namun, ketika kedudukan terikat 17-17, Sze Fei-Nur Izzudin mempamerkan aksi yang lebih kemas untuk menang 21-19.

RESULTS: #ChinaOpen2024 QF#MAS?? Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani(7) def. #MAS?? Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-19 21-18 ⏱️ 44m ? @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/oERPY1RnwH

— BAM (@BA_Malaysia) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Man Wei Chong-Tee Kai Wun cuba mengheret juara Terbuka Jepun itu ke set penentuan, jurang pengalaman yang berbeza menyukarkan mereka untuk mengheret ke set penentuan dengan kemenangan 21-18 dalam tempoh 44 minit secara keseluruhan.

RESULTS: #ChinaOpen2024 QF#INA?? Dejan Ferdinansyah-Gloria Widjaja def. #MAS?? Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-14 21-9 ⏱️ 35m ? @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/iby64LuOyT

— BAM (@BA_Malaysia) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin ataupun wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Fraderick Sogaard, bakal menanti Sze Fei- Nur Izzudin dalam aksi separuh akhir nanti.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan cabaran beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dihentikan wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, dalam aksi straight set 14-21, 9-21.
#badminton #Terbuka China #Sze Fei-Nur Izzudin
;