Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Sze Fei-Nur Izzuddin perlu waspada gandingan Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

din-fei-china-open.jpg
Bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia Anaheim 2005, Chan Chong Ming, menegaskan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, perlu berhati-hati menentang gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu bermula esok.

Menurutnya, pengalaman yang dimiliki Minn Hyuk bakal menjadi cabaran kepada corak permainan pasangan negara itu.

Meskipun di atas kertas, gandingan negara itu dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlawanan berkenaan, Chong Ming mengingatkan mereka untuk tidak terlalu mengikut rentak lawan dan mempertajamkan serangan dan pertahanan sendiri.

Keadaan lebih sulit apabila ia merupakan pertemuan kali pertama kedua-dua gandingan itu.

"Saya rasa mereka memang berpeluang untuk menang tetapi perlu berhati-hati dengan Kang kerana dia pemain yang agak berpengalaman," kata Chong Ming kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Mereka perlu lebih fokus dan menghadapi satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Persaingan dalam kategori beregu lelaki ketika ini memang sengit, jadi saya rasa semua beregu memiliki peluang, cuma perlu lihat siapa yang dapat mengambil kesempatan pada hari perlawanan."


 

Advertisement

Must Watch Video