Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Soon Huat-Shevon Lai tumbang kepada wakil Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shee.jpg
Beregu profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, terpaksa akur tewas dalam pusingan pertama saingan Terbuka China 2025 yang berstatus Super 1000 di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Mereka tewas melawan kepada gandingan muda dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Pasaribu, menerusi aksi rubber set, 21-18,22-24,15-21, dalam tempoh satu jam sembilan minit perlawanan.

Tempoh 20 minit berlangsung sengit dengan kedua-dua gandingan saling terikat 16-16, begitupun pengalaman wakil negara memastikan mereka menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-18.

Wakil negara yang turun selaku pilihan keenam kejohanan itu mempamerkan corak pertahanan yang lebih kemas dalam set kedua untuk menangkis permainan pantas yang dirancang gandingan muda Indonesia.

Namun, peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal tidak menjadi kenyataan apabila perhitungan mereka dibawa ke set penentuan apabila tewas 22-24.

Set penentuan menyaksikan mereka terpaksa akur tewas 15-21 kepada wakil Indonesia itu yang lebih berdisiplin dalam melakukan pertahanan dan serangan.
 

Advertisement

Must Watch Video