Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Popov singkir pilihan keempat dari Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

popov.jpg
Perseorangan lelaki Perancis, Christo Popov, mencipta sensasi selepas menewaskan wakil Indonesia, Jonatan Christie, menerusi aksi rubber set, 21-12,13-21,21-16, di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Popov yang turun selaku pemain bukan pilihan bekerja keras untuk menewaskan lawan yang merupakan pemain pilihan keempat kejohanan kelahiran Jakarta itu dalam pertembungan sengit.

Tempoh 1 jam tiga minit diperlukan Popov untuk menempah slot ke suku akhir Terbuka China 2025 yang berstatus Super 1000 itu dengan dia akan berdepan wakil tuan rumah, Wang ZhenG Xing mahupun Lee Chia Hao dari Taiwan esok.

Advertisement

Must Watch Video