Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Pemain pilihan keenam tumbangkan Kunlavut Vitidsarn

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kun.jpg
Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dikejutkan pemain berpengalaman dari Taiwan, Chou Tien Chen, dalam kempen Terbuka China 2025 di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Dia yang merupakan pemain pilihan pertama kejohanan dan merupakan pemain di ranking pertama dunia ketika ini tewas menerusi aksi straight set, 17-21,11-21, dalam tempoh 37 minit.

 

Tien Chen yang berusia 35 tahun itu turun selaku pemain pilihan keenam tidak berdepan masalah untuk menempah slot separuh akhir dalam kejohanan yang berstatus Super 1000 itu.

Dia akan berdepan lawan dari China sama ada Shi Yu Qi mahupun Li She Feng esok.
 

Advertisement

Must Watch Video