Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah gagah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China apabila menewaskan lawan dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di Jiangsu sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan ketiga, gandingan negara itu mendominasi penuh aksi set pertama sebelum mudah mencatatkan kemenangan 21-16.
Rentak sama diteruskan mereka dalam set kedua untuk sentiasa berada di depan sebelum menegsahkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Menanti Pearly dan Thinaah dalam penentuan ke final esok ialah beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.