Beregu profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke final kejohanan berstatus Super 1000 Terbuka China selepas menewaskan wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi, 21-18, 21-18, sebentar tadi

Ringkasan AI:
  • • Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, berjaya menewaskan wakil tuan rumah Cheng Xing-Zhang Chi dalam aksi set pertama dan kedua untuk mara ke final kejohanan Super 1000 Terbuka China
  • • Mereka akan berhadapan dengan pilihan kedua dari China atau wakil Indonesia dalam pusingan akhir esok


Tempoh 20 minit diperlukan Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam aksi set pertama untuk menumpaskan wakil tuan rumah yang melakukan beberapa kesilapan mudah untuk memberikan wakil negara kemenangan 21-18 di Gimnasium Xincheng, China.




Walaupun Cheng Xing-Zhang Chi bermula agresif dalam set kedua untuk mengheret wakil negara ke set penentuan, ketenangan Shevon Lai mengawal bahagian hadapan jaring wajar diberikan pujian untuk menang straight set 21-18 dalam tempoh 30 minit.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan mereka mara ke pusingan akhir dan bakal berdepan cabaran pilihan kedua kejohanan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping ataupun wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, esok.