Terbuka China: Ong Yew Sin-Teo Ee Yi cemas sebelum bangkit tumpaskan Fajar Alfian-Rian Ardianto
Najmi Iman
September 20, 2024 19:05 MYT
September 20, 2024 19:05 MYT
Jaguh beregu professional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, berhasil menumpaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam peringkat suku akhir di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Pilihan keempat kejohanan dari negara jiran itu menundukkan pasangan negara 21-14 dalam tempoh 15 minit dalam set pertama dalam misi mencari kemenangan kelapan sepanjang pertemuan mereka dalam kancah badminton itu.
Sejurus kekalahan dalam set pertama, gandingan ranking ke-23 dunia itu mendapat suntikan semangat apabila mendominasi set kedua meninggalkan jauh perbezaan mata 11-5 sebelum mengheret ke permainan ke set penentuan selepas meraih kemenangan 21-17 sebelum Fajar Alfian-Rian Ardianto berjaya bangkit.
VICTOR China Open 2024 MD - QF ??ONG Yew Sin? 14 21 21 ??TEO Ee Yi? ??Fajar ALFIAN 21 17 14 ??Muhammad Rian ARDIANTO ? in 58 minutes
— BWFScore (@BWFScore) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedudukan rapat mata demi mata terus diperoleh oleh kedua-dua gandingan sambil menyaksikan persaingan sengit berlaku, namun Yew Sin-Ee Yi berjaya mendahului 17-11 dalam set ketiga.
Beregu lelaki negara itu akhirnya menemui mata 21-14 untuk menoktahkan kemenangan dalam pertembungan kali ke-12 tersebut dan akan menjadi wakil ketiga Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.