Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China apabila mudah mengatasi wakil Jepun, Kenta Nishimoto, di Jiangsu sebentar tadi.
Berdasarkan empat pertemuan lalu, Jun Hao menang dua dan tewas dua daripadanya.
Bagaimanapun, pertemuan kali ini menyaksikan perseorangan negara itu mempamerkan dominasi penuh, di mana dia sentiasa mendahului sebelum memenangi set pertama 21-15.
Rentak sama dikekalkannya dalam set kedua untuk mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 45 minit.
Cabaran berat menanti Jun Hao dalam pusingan kedua nanti apabila dijadualkan untuk bertemu pilihan utama kejohanan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.