Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka China 2025 selepas tewas kepada wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn, di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung selama 48 minit secara keseluruhan itu berakhir menerusi aksi straight set, 21-23,7-21, yang tidak berpihak kepada wakil negara di ranking ke 26 dunia itu.
Jun Hao mempamerkan aksi yang menyakinkan dalam set pertama apabila selesa mendahului 6-1, namun wakil Thailand di ranking pertama dunia itu memperkemaskam permainan kembali untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 23-21.
Set kedua pula menyaksikan wakil negara itu bergelut selepas kerap melakukan kesilapan mudah, sekali gus memberikan pemain pilihan pertama kejohanan kelahiran Bangkok itu kelebihan untuk menamatkan cabaran 21-7 lebih awal.
Untuk rekod, Kunlavut merupakan pemain perseorangan lelaki pertama dari Thailand yang menduduki ranking tertinggi dunia.