Terbuka China: Goh Jin Wei terkandas selepas pertarungan sengit pusingan pertama


September 17, 2024 12:53 MYT
Terbuka China 2024 dimulakan dengan aksi pertarungan sengit antara Goh Jin Wei dan Sung Shuo Yun di pusingan pertama yang akhirnya memihak kepada wakil Chinese Taipei.
Shuo Yun dalam momentum terbaik selepas muncul naib juara di Kaohsiung Masters 2024 jun lalu dalam karier beregunya---berdepan Jin Wei yang tampak bergelut mencari rentak permainan di awal set pertama dengan siri 'unforced error' memberi 6 mata mudah buat Shuo Yun.
Terlalu jauh ketinggalan 6-17 untuk Jin Wei mengejar mata sekaligus terpaksa akur kemenangan set pertama buat Shuo Yun 21 berbalas 9.
Lain ceritanya di set kedua, Jin Wei lebih agresif menguasai gelanggang untuk kembali bernyawa dalam aksi ini 21-12 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Namun kebangkitan itu tidak memihak Jin Wei ketika ketika Shuo Yun bijak mencipta jurang 15-7 untuk terus mendominasi dengan 21 berbalas 8 sekaligus memastikan slot pusingan kedua jadi miliknya.
;