Perjalanan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dalam saingan pusingan 16 Terbuka China disekat wakil tuan rumah apabila tewas dalam aksi straight set 16-21,18-21 di Changzhou, sebentar tadi.

Juara Terbuka Hong Kong itu bermula baik dalam awal set pertama tetapi wakil China, Li Yi Jing-Luo Xu Min, memperkemaskan aksi dari aspek serangan untuk menang 16-21.




Pearly Tan-M. Thinaah cuba memperbaiki kelemahan dalam awal set kedua untuk mengheret wakil tuan rumah ke set penentuan.

Tetapi wakil China di kedudukan nombor 18 dunia itu kembali mempersembahkan corak pertahanan yang kental untuk menafikan kebangkitan Pearly Tan-M. Thinaah untuk tewas 18-21 dalam tempoh 40 minit secara keseluruhan perlawanan.

Dalam pada itu, satu lagi wakil beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, melakar kejutan selepas menewaskan beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dalam aksi straight set 21-18-21-19, untuk mara ke pusingan suku akhir Super 1000 Terbuka China, sebentar tadi.