Skip to main content

Badminton

Terbuka China BWF: Peluang Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani daki ranking

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-sze-fei-nur-izzuddin-rumsani.jpg
Kem negara berlepas ke Changzhou, awal pagi ini untuk mengharungi kejohanan 1000 series, Terbuka China, yang bermula dua hari lagi.

Selain bergantung kepada dua beregu lelaki utama, kini satu lagi wakil negara turut bawa cabaran ke negara Tembok Besar itu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Justeru, Sze Fei yang disenaraikan dalam undian utama pada saat-saat akhir menganggap ia sebagai peluang keemasan.




Menurutnya, kejohanan ini amat penting untuk memperbaiki ranking dunia mereka yang merudum susulan perpisahan yang berlaku pada Februari lalu sebelum kembali memenangi Terbuka Amerika Syarikat, bulan lalu. 

"Secara peribadi saya harap bertambah matang. 

"Selepas ini kami mungkin akan ke Terbuka Hong Kong sebelum memutuskan kejohanan yang bakal disertai," kata  Sze Fei. 
 

Advertisement

Must Watch Video