Skip to main content

Badminton

Terbuka China BWF: Pearly-Thinaah bangkit lepasi halangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mara ke pusingan kedua dengan menewaskan wakil Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka China BWF di Guangzhou hari ini.

Beregu negara itu mencetuskan cemas apabila tidak pernah dapat mendahului sepanjang set pertama dan jauh ketinggalan 5-13 sebelum tewas 17-21.

Bagaimanapun, rentak sebenar mereka bermula dalam set kedua, di mana Pearly dan Thinaah mengubah nasib meraka 180 darjah untuk mendahului 8-2 sebelum menang 21-17.

Aksi dalam set penentuan juga menunjukkan dominasi penuh beregu negara berkenaan untuk meraih enam mata pertama dan mendahului 11-2 sebelum menamatkan pertarungan selama 54 minit itu dengan kemenangan 21-10.

Pearly dan Thinaah selepas ini akan bertemu lawan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, bagi penentuan ke suku akhir.


 

Advertisement

Must Watch Video