Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China menerusi kemenangan yang diperoleh sebentar tadi.
Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou telahpun menyaksikan dua wakil negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Soon Huat-Shevon Lai tersingkir di pusingan pertama.
Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik memastikan kem negara kembali mengukir senyuman menerusi kemenangan yang berjaya diperoleh.
Aksi yang berlangsung 41 minit menyaksikan pasangan negara menumbangkan wakil Denmark, Rasmu Kjaer-Frederik Sogaard 21-19, 21-15 sekaligus melangkah ke pusingan kedua.