Dua perseorangan lelaki negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia apabila menewaskan lawan masing-masing di Sydney hari ini.
Perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menamatkan badi empat kali berturut-turut terkandas dalam pusingan pertama apabila mengatasi rakan senegara, Leong Jun Hao.
Bagaimanapun, Zii Jia tidak diberikan laluan mudah apabila Jun Hao lebih mengasai perlawanan dalam set pertama sebelum menang 21-12.
Pemain berusia 25 tahun itu kemudian bangkit untuk menamatkan badinya dengan meraih kemenangan 21-17, 21-16 dalam dua set berikutnya selepas bertarung selama 64 minit.
Dengan kemenangan itu, Zii Jia akan menghadapi perseorangan India, Mithun Munjanath, bagi penentuan ke suku akhir esok.
Menelusuri jejak sama adalah seorang lagi perseorangan negara, Ng Tze Yong, yang menewaskan wakil Jepun, Kanta Tsuneyama.
Tze Yong hanya memerlukan 39 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-18, 21-8 untuk ke pusingan kedua.
Bagaimanapun, laluan berliku menantinya untuk ke suku akhir apabila dijadualkan bertemu pilihan ketujuh dari Indonesia, Jonathan Christie.