Terbuka Australia BWF: Smash Lee Zii Jia paling laju, kerap pecah rekod

Najmi Iman
Jun 20, 2024 12:02 MYT
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, menamatkan cabaran Terbuka Australia selaku juara apabila mengatasi lawan dari Jepun, Kodai Naraoka di Sydney, minggu lalu.
Bertemu pemain Jepun dan merupakan pilihan kedua kejohanan, Kodai Naraoka, Zii Jia ternyata mahu memastikan pertemuan keenam antara kedua-dua pemain itu memihak dirinya.
Di sebalik pencapaian membanggakan itu, atlet kelahiran Alor Setar itu turut meninggalkan kesan jitu apabila pukulan kencangnya menghuni tangga pertama kejohanan merekodkan kelajuan tertinggi 452.3km sejam menewaskan wakil dari Taiwan, Lin Chun-Yi.

Di sebalik menjadi juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia, menurut sumber SMASH IT, LZJ turut merekodkan smash terpantas mengatasi beberapa nama besar lain. Ia turut diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF).@ASTROARENA pic.twitter.com/jkBEqAca7N

— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, atlet berusia 26 tahun itu juga mencatatkan pukulan terkuat ketika Masters Malaysia dengan mendominasi carta sebanyak lima kelajuan berbeza selain berada di tangga ketiga Terbuka Indonesia di belakang rakan senegara, Leong Jun Hao.
#badminton #Terbuka Australia #Lee Zii Jia
;