Lai Pei Jing mengubati kekecewaannya terkandas dalam acara beregu campuran apabila mengesahkan tiket ke pentas akhir Terbuka Australia bersama gandingan beregu wanitanya, Lim Chiew Sien, sebentar tadi.
Pasangan itu mengejutkan pilihan ketiga dari Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Young Pui Lam, apabila mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 2-1 di Sydney.
Beregu Malaysia itu tampak mendominasi dalam set pertama dengan meninggalkan pasangan Hong Kong berkenaan jauh ketinggalan 13-21.
Namun, wakil Hong Kong itu bangkit dan menyamakan kedudukan dengan mata 18-21 untuk menjadikan persaingan semakin sengit.
Tidak mahu memberi peluang kepada lawan mereka, beregu Malaysia itu berhempas pulas dalam set ketiga dan menundukkan Yeung Nga Ting-Young Pui Lam dengan mata 21-14, seterusnya mengesahkan tempat mereka dalam pusingan akhir.
Di pentas akhir esok, Chiew Sien dan Pei Jing akan berdepan dengan beregu dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi.
Azreena Faizal
Sat Jun 15 2024