Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara

Zaki Zainal
Jun 15, 2024 16:04 MYT
Satu langkah lagi bagi mengesahkan perseorangan lelaki sensasi negara Lee Zii Jia sebagai juara di Terbuka Australia 2024.
Zii Jia memulakan set pertama dengan goyah sekali, sehingga membenarkan lawan ambil set ini 10-20 dari pelbagai kesilapannya sendiri.
Namun di set kedua tampak menyaksikan sisi Zii Jia yang berlainan pula muncul, selain kesilapan demi kesilapan oleh lawannya dari Chinese Taipei iaitu Lee Chia Hao.
Penguasaan gelanggang yang cekap oleh Zii Jia memberi kelebihan 6 mata, sebelum Zii Jia menoktahkan kemenangan 21-15, sekaligus memaksa ke set penentuan.
Set ketiga tampak dominasi lebih memihak Zii Jia, dengan kelebihan 6 mata di interval, dan akhirnya harapan negara itu tidak menoleh kebelakang lagi untuk benam dan balas dendam kepada Chia Hao dengan skrip sama 21-10 dalam tempoh 56 minit perlawanan.

RESULTS: #AustralianOpen2024 SF#MAS?? Lee Zii Jia(3) def. #TPE Lee Chia Hao 10-21 21-15 21-10 ? @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IpVvD5WLah

— BAM (@BA_Malaysia) June 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton
;