Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia BWF: Dua beregu negara bertembung sesama sendiri dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-kian-meng-lai-pei-jing.jpg
Akan ada satu wakil Malaysia dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia BWF apabila dua beregu campuran negara bertembung sesama sendiri di peringkat suku akhir esok.

Ini selepas gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Choong Hon Jian-Go Pei Kee berhasil melepasi pusingan kedua selepas menumbangkan lawan masing-masing.

Kian Meng dan Pei Jing jelas tiada masalah untuk menempatkan diri dalam suku akhir dengan menumbangkan wakil tuan rumah, Adam Jeffrey-Justine Villegas 21-7, 21-7.

Hon Jian dan Pei Kee juga meraih kemenangan mudah ke atas satu lagi gandingan tuan rumah, Timotius Elbert-Maureen Clarissa Wijaya, 21-14, 21-6.

 

Advertisement

Must Watch Video