Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia BWF: Choong Han Jian-Muhammad Haikal hilang arah bertemu beregu China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

komunikasi-jadi-titik-lemah-hon-jianhaikal-yang-harus-diperbaiki.jpg
Satu lagi waki negara dalam acara beregu lelaki, Choong Han Jian dan Muhammad Haikal, turun berentap menentang pasangan China, He Ji Ting dan Ren Ziang Yu  dalam misi mencari ruang ke pentas separuh akhir esok. 

Di atas kertas, sememangnya kelebihan milik pasangan China yang mengisi kedudukan kelapan dunia berbanding pasangan negara yang mengisi tangga ke 26 dunia.

Han Jian dan Haikal terima tentangan sengit lawan di set pertama sebelum akur tewas set pertama 18-21..

Set kedua, pasangan negara tampak tidak bermaya lagi kerana aksi yang dipamerkan oleh pilihan utama kejohanan Ji Ting dan Ziang Yu  memuktamadkan perjuangan beregu negara akur sekali lagi tewas set kedua 8-21 dalam tempoh hanya 34 minit sahaja.   

Advertisement

Must Watch Video