Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia: Aidil Sholeh siap sedia perhitungan awal dengan Jun Hao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sholeh.jpg
Pemain perseorangan profesional negara, Aidil Sholeh Sadikin, yang sedia menambah tekanan ke atas rakan senegara, Leong Jun Hao, apabila kedua-duanya bertembung dalam pusingan pertama Terbuka Australia, Selasa depan.

Jun Hao -- pemain nombor satu negara yang kini berada di ranking dunia ke-22 -- berdepan kritikan selepas mengalami lima penyingkiran awal sejak Terbuka Korea Selatan, diikuti tiga kejohanan di Eropah selain Masters Jepun minggu ini.

Walaupun Aidil Sholeh pernah tewas dua kali kepada Jun Hao, dia berharap dapat memanfaatkan prestasi tidak menentu rakan senegara itu. 

Begitupun, pemain berusia 25 tahun itu tetap berhati-hati kerana pertemuan di Sydney kelak dijangka sukar diramal, apatah lagi mereka pernah berlatih bersama sebelum pemain di ranking ke-47 tersebut digugurkan BAM pada tahun lalu.

"Prestasi saya ketika melawan Jun Hong mungkin tidak berapa bagus. 

"Mungkin ini peluang untuk saya mencipta kemenangan. 

"Kami sudah biasa dengan corak permainan masing-masing tapi selepas setahun meninggalkan BAM, prestasi masing-masing juga mungkin sudah berubah," katanya. 
 
Badminton

Raket Power Untuk Anda

Pukulan padu dan mengancam dengan raket VICTOR.


Grab Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video