Pengembaraan Valeree Siow dalam jelajah Eropah terpaksa disingkatkan selepas pemain beregu campuran itu terpaksa menarik diri akibat kecederan lutut.

Situasi itu memaksa dia dan gandingan lelakinya, Roy King terpaksa menarik diri di kedudukan 16-12 ketika bertemu Ethan van Leuwen-Chloe Birch dalam Terbuka Arctic di Finland, sebentar tadi.

Rakan senior senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Jomkoh-Taerattanachai dari Thailand, 16-21, 21-18, 10-21.

Namun, Hoo Pang Ron-Cheng dan Goh Soon Huat-Shevon Lai terlebih dahulu memastikan tempat ke pusingan 16.