Jurulatih beregu profesional negara, Teo Kok Siang, menyifatkan transisi penghijrahan Rosman Razak ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Selasa depan sebagai satu kehilangan besar buat sektor beregu profesional negara.
Jelasnya, ketiadaan Rosman begitu terasa lebih-lebih lagi memandangkan dia disenangi kesemua pemain di bawah kendaliannya.
Lantas, meninggalkan Kok Siang dengan tanggungjawab besar tetapi namun dia yakin memmampu bantu sektor beregu lelaki dan campuran ke peringkat yang lebih tinggi.
"Mestilah terasa kehilangannya. Dia seorang jurulatih yang bagus. Kami amat berterima kasih kerana banyak memberi panduan dan bekerjasama dengan kami.
"Selamat maju jaya untuk cabaran baru dalam hidupnya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kok Siang turut berazam untuk membantu gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menyerlahkan prestasi lebih cemerlang.
"Prestasi mereka kini lebih tekal dan inilah cabaran saya," katanya.
Shaiful Shamsudin
Wed Oct 30 2024