BADMINTON

Tee Kai Wun-Man Wei Chong digesa lebih tenang di atas gelanggang

Shaiful Shamsudin 16/06/2023 | 11:51 MYT
Jurulatih beregu lelaki, Tan Bin Shen, mengklasifikasikan penyingkiran awal Tee Kai Wun-Man Wei Chong dalam pusingan 32 terbaik Terbuka Indonesia sebagai tidak memuaskan berbanding ketika dalam Masters Malaysia.
Bin Shen menuntut anak buahnya itu agar lebih cekap menangani tekanan.
"Mereka tahu kekurangan mereka dalam Terbuka Indonesia.
"Saya harap mereka mampu memperbaiki corak permainan mereka dengan cara mereka berfikir ketika dalam keadaan tekanan agar lebih jelas dengan apa yang mereka lakukan," katanya.
Dalam pada itu, Bin Shen mengharapkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal fokus dan tenang menghadapi saingan.
"Mereka perlu lebih tenang dan teruskan perancangan yang telah dibuat," tambahnya.
#BAM #Beregu lelaki #Tee Kai Wun-Man Wei Chong
;