Skip to main content

Badminton

Tee Kai Wun pamer semangat luar biasa dalam keadaan cedera

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tee-kai-wun.jpg
Semangat luar biasa pemain beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, untuk turun ke sesi latihan menjelang Kejohanan Masters Jepun di Kumamoto minggu depan, wajar dikagumi.

Ini kerana pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan sedang bergelut dengan kecederaan betis kiri, di mana ligamennya hampir terkoyak, sejak tiga bulan lalu.

Berberkalkan kepakaran jurufisio di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan rawatan berkala yang diterimanya, Kai Wun tetap bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan itu, bagi memastikan impian bersama gandingannya, Man Wei Chong, untuk ke final jelajah dunia BWF, menjadi kenyataan.

"Saya boleh cakap yang mungkin saya paksa pemulihan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Kerana kecederaan yang serius seperti ini bukan mudah untuk pulih. Cuma saya sudah menetapkan di hati apa yang saya mahukan, jadi saya mencuba.

"Koyakannya (ligamen) sudah sepanjang 7 sentimeter, sudah hampir putus. Pada awalnya ia memang amat mengganggu, hanya saya sahaja yang tahu perasaannya."
 
Football

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video