Skip to main content

Badminton

Tat Meng yakin potensi dimiliki Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tat-meng.jpg
'Tujuh tahun saya berada di luar negara', itu antara perkongsian pengarah kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng, mengenai peralihannya daripada jurulatih perseorangan Hong Kong kepada jurulatih peribadi juara All England 2021, Lee Zii Jia.

"Selepas menerima panggilan, saya agak terkejut pada mulanya walaupun sudah lama mengenali Zii Jia. Ia merupakan kali pertama kali berbincang mengenai peluang bertindak sebagai jurulatih pemain tersebut," katanya.

"Sebelum ini, saya telah bersama pasukan Hong Kong dan segalanya berjalan dengan lancar. Saya telah lama berada di luar negara, dan mengendalikan Zii Jia, pemain nombor satu negara adalah satu penghormatan dan peluang untuk kembali menaruh bakti kepada Malaysia."

Tat meng turut menyentuh mengenai prestasi terkini Zii Jia serta undian Terbuka Korea yang menyaksikan Zii Jia bertemu dengan bekas anak muridnya.

Sebelum ini, pelantikan Tat Meng ke Team LZJ pernah menimbulkan kontroversi apabila Angus Ng meluahkan kekecewaan di media sosial mengenai peralihan tersebut.

Namun Zii Jia dan Tat Meng menjelaskan keputusan tersebut telahpun mengikut prosedur yang betul.

Kini Tat Meng sudah memulakan sesi latihan bersama Zii Jia dengan misi menakluki Terbuka Korea. 

“Dia mencipta nama pada usia muda, 23 tahun sudah menjuarai Seluruh England. Satu kejohanan besar buat kita dan seluruh dunia.

“Sudah tentu ramai meletakkan jangkaan tinggi kepadanya dan menjadi satu tekanan untuk menepati jangkaan daripada peminat, media dan seluruh masyarakat.

“Selain kemahiran, saya banyak beritahunya mengenai pemikiran. Bagaimana psikologi dan cara menguruskan tekanan, selain menguruskan kejohanan serta jangkaan. Semua ini perlu bergabung bukan prestasi di atas gelanggang sahaja,” ujar Tat Meng.

Sementara itu, pilihan pertama Kejohanan Kebangsaan, Leong Jun Hao menepati ramalan apabila mengalahkan wakil Putrajaya, Zulkiffli Zulhelmi 21-16, 21-17.

Teruja, Jun Hao berkongsi betapa pentingnya menjuarai kejohanan tersebut selepas enam hingga tujuh tahun tidak beraksi di gelanggang Stadium Juara, Bukit Kiara.

Juara Paralimpik 2020, Cheah Liek Hou, membuat kejutan dengan menyertai Kejohanan Badminton Kebangsaan yang sedang berlangsung sehingga 9 Julai ini.

Liek Hou mempamerkan prestasi memberangsangkan untuk menewaskan wakil Pulau Pinang, Tan Kean Wei 24-22, 21-15 untuk mara ke pusingan kedua.

Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou membuktikan dirinya sebagai juara Paralimpik apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan lapan pada set pertama.

Advertisement

Must Watch Video