Skip to main content

Badminton

Tang Jie-Ee Wei perlu bersedia dengan jangkaan lebih tinggi selepas bergelar juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nova-widianto.jpg
Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, percaya jangkaan lebih tinggi pasti akan diletakkan kepada anak buahnya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas pencapaian luar biasan mereka dalam bergelar juara Kejohanan Dunia BWF di Paris hujung minggu lalu.

Oleh demikian, Nova berharap ia akan dapat menaikkan keyakinan mereka untuk mengekalkan konsistensi dalam merebut lebih banyak gelaran.

"Jangkaannya sudah pasti akan lebih tinggi kerana mereka kini juara dunia tetapi dengan kemampuan dan keyakinan mereka, saya harap mereka akan dapat lebih banyak gelaran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Mereka seharusnya memiliki lebih keyakinan dan lebih tenang kerana sebelum ini, ada hal teknikal yang mungkin mereka belum boleh atasi.

"Apapun, konsistensi itu amat penting," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video