Skip to main content

Badminton

Tang Jie-Ee Wei buat keputusan tepat -- Olimpian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sidek.jpg
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, menegaskan keputusan gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Korea adalah tepat.

Jelasnya, juara Kejohanan Dunia itu kini semakin bijak memilih pertandingan dan perlu memastikan kondisi berada pada tahap terbaik supaya sekurang- kurangnya mara ke separuh akhir pada setiap kejohanan yang disertai.

"Ada yang bagus.

"Saya berpendapat mereka perlu berehat dan meraikan kejayaan mereka.

"Ini sekali gus, dapat memperbaiki prestasi supaya terus beraksi dengan matang dan baik," katanya di Nadi Arena.

 

Mengulas pertemuan pusingan kedua kejohanan bertaraf super 500 itu, Razif Sidek mempercayai gandingan beregu lelaki, Haikal Nazri-Choong Hon Jian, mampu menundukkan pasangan jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, meskipun gandingan tersebut lebih unggul daripada segi rekod pertemuan dan ranking dunia.

"Saya melihat mereka baru sahaja pulih daripada kecederaan masing-masing.

"Mereka bermain dengan bagus dan segera mendapatkan semula persembahan terbaik serta keyakinan tinggi," tambahnya.
 
Badminton

Raket Pilihan Ramai

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video