Disebalik bergelar naib juara sahaja apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Zheng Si Wei-Huang Ya Kiong, Tang Jie-Ee Wei mahu menjadikan lagenda badminton China itu yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris itu sebagai contoh terbaik dan berharap untuk dapat terus mempamerkan peningkatan di Kejohanan Terbuka Malaysia 2025, awal Januari nanti.
Selain meneliti kembali video aksi yang berlarutan pertembungan tiga set itu, wakil negara di ranking keenam dunia itu sudah mengenalpasti kelemahan untuk diperbaiki pada masa akan datang.
Thanks to my coach, appreciate everything you have taught us, we will train harder and fight again.
— 杜依蔚 TOHEEWEI (@TOHEEWEI1) December 15, 2024
Thanks to all the ?? fans too, so sorry we didn’t win the game, but you guys are awesome ?? pic.twitter.com/2TZb6GUnwS
Atas dasar itu, Terbuka Malaysia 2025 yang bakal membuka tirai pada 7 Januari nanti akan dijadikan medan utama untuk mara ke pentas final dan memanfaatkan beraksi di laman sendiri.
"Pasangan beregu saya selalu berbincang dengan saya mengenai apa yang boleh dipelajari daripada Si Wei dan ramai lagi. Bukan dalam gelanggang sahaja tetapi banyak perkara yang boleh dipelajari ketika mereka di luar gelanggang.
"Saya rasa kelajuan dan tahap profesional dia semua orang boleh lihat di dalam gelanggang, itu yang harus saya belajar daripada dia.
"Beraksi dengan legenda bukan mudah terutamanya dalam perlawanan akhir mereka, memori itu tidak semua orang boleh dapat. Saya harap dapat bersara seperti itu juga nanti." katanya.